Sunday, 13 June 2010

PERTUKARAN PEGAWAI DAERAH BELAIT DAN TEMBURONG

Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi pertukaran pegawai-pegawai Daerah Belait dan Temburong.Pegawai Daerah Belait di Jabatan Daerah Belait, Awang Haji Jamain bin Momin ditukar ke Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara sementara Pegawai Daerah Temburong di Jabatan Daerah Temburong, Awang Haji Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba ditukar menjadi Pegawai Daerah Belait di Jabatan Daerah Belait.Pertukaran bagi kedua-dua pegawai tersebut bermula 30 April 2010 ini.

Sumber berita Pelita Brunei

No comments:

Post a Comment