Sabtu, 5hb Jun - Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Ini diikuti dengan Ucapan alu-aluan oleh Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia Awang Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, selaku Pengerusi bersama bagi Jawatankuasa Penyelenggara Sambutan Hari Tenaga 2010 bagi Daerah Belait. Tetamu Kehormat kemudianya menyampaikan ucapan. Doa Selamat dibacakan untuk memberkati Majlis tersebut. Pengagihan Pelekat Kereta Bermula daripada kenderaan-kenderaan Kerajaan dan seterusnya kepada orang ramai. 24hb Mei merupakan Hari Tenaga bagi Negara Brunei Darussalam. Tema tahun ini ialah "Hargai Tenaga Kitani" (Value Our Precious Energy) masih berslogankan "Pentingnya Perubahan" (Change Matters).
No comments:
Post a Comment