Sunday, 13 June 2010

MAJLIS BERGOTONG-ROYONG MEMBAIK PULIH RUMAH KEDIAMAN AWG.HUSSIN BIN ISMAIL

LUMUT, Jumaat, 7 Mei. - Kehidupan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Sungai Bakong, Lumut kini terbela dengan mendapat perhatian dan bantuan membaik pulih rumah tersebut daripada pihak kerajaan dan sokongan Pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kerja-kerja membaik pulih rumah kediaman Awang Hussin bin Ismail telah dilaksanakan oleh Platun Rintis Serang Kompeni Memerintah Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) diketuai oleh 409 Mejar Mohd. Zulkarnain bin Haji Abd. Wahab melalui projek titian amal sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-49 pada tahun ini. Bahan binaan bagi kerja-kerja membaik pulih rumah dua tingkat tersebut telah disumbangkan oleh Jabatan Daerah Belait dengan anggaran kos BND8391.50 bagi mengganti sinta dan dinding yang rosak serta mendinding ruang atas, membuat tiga buah bilik tidur, dua kamar mandi, memasang tangga luar dan dalam rumah, memasang pintu dan mengecat keseluruhan luar dan dalam rumah.
Majlis bergotong-royong membaik pulih rumah tersebut telah dihadiri oleh Yang Mulia Awg. Haji Abd. Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Belait selaku tetamu kehormat majlis.Projek Titian Amal merupakan projek tahunan ABDB sempena sambutan ulang tahun angkatan tersebut.

No comments:

Post a Comment