Rabu, 26hb Mei - Jabatan Daerah Belait telah dua majlis dalam satu masa. Majlis pertama ialah majlis perpisahan bagi bekas Pegawai Daerah Belait iaitu Yang Mulia Awg. Haji Jamain bin Momin dan isteri, Yang Mulia Dr. Hjh Jamilah binti Hj. Mohd Yusof di Dewan Qiyadah, Pejabat Daerah Belait. Majlis kedua ialah majlis mengalu-alukan Pegawai Daerah yang baru iaitu Yang Mulia Awg. Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba dan isteri, Yang Mulia Dyg. Siah binti Hj. Kassim. Di majlis ini, Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin serta isteri juga menerima cenderahati dari Pegawai-Pegawai serta kakitangan Jabatan ini yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba. Majlis berakhir dengan doa selamat.
Sunday, 13 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment