LUMUT, Sabtu, 22 Mei.- Sebagai menandakan kesyukuran atas hasil tuaian padi yang subur setiap tahun, kaum Dusun meraikannya dengan pesta tradisi yang dinamakan Adau Gayoh (Pesta Menuai Padi) yang mereka warisi sejak zaman berzaman. Sehubungan itu, Pasukan Pengakap Terbuka 3030 Mukim Liang dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Liang menganjurkan Majlis Sambutan Adau Gayoh.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Rekreasi Liang Lumut itu Pegawai Daerah Belait Yang Mulia Awg. Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba dan isteri, Yang Mulia Dyg. Siah binti Haji Kassim. Majlis ini mewujudkan masyarakat penyayang, damai dan harmoni tanpa mengira agama, bangsa, adat resam dan keturunan. Majlis sambutan seumpama itu akan diteruskan setiap tahun dan dimasukkan ke dalam program tahunan Pasukan Pengakap Terbuka 3030 dan MPM Liang sama seperti Majlis Sambutan Hari Raya yang diraikan setiap tahun sebagai salah satu kegiatan mukim.
No comments:
Post a Comment