Khamis, 4 Mac. - Bagi meningkatkan semangat kenegaraan dan patrotik di kalangan belia dan masyarakat setempat, Jabatan Daerah Belait dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Daerah Belait mengadakan Majlis Forum Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan bertempat di Dewan Santap di sini. Majlis forum bertajuk 'Negaraku Brunei Darussalam' sebagai salah satu acara keraian bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-26 Tahun bagi Peringkat Daerah Belait. Tetamu kehormat, Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Jamain bin Momin. Juga hadir pegawai dan kakitangan kerajaan, para pemimpin masyarakat dan persatuan serta pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta daerah ini.
Forum dipengerusikan oleh Ketua Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Awang Mohamad bin Rajap manakala empat orang ahli panel yang diundang terdiri daripada Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah, Pensyarah Kanan dan Dekan Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dayang Hajah Zaleha binti Haji Ibrahim, Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam (UBD), Awang Mohd. Zefri Ariff bin Mohd. Zain Ariff dan Pegawai Pelajaran Maktab Anthony Abell Seria, Tuah anak Dilang.
Majlis antara lain bertujuan bagi menyemai semangat cintakan tanahair melalui forum serta aktiviti-aktiviti kenegaraan serta juga untuk membangunkan minda dan meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat, beragama dan bernegara.
No comments:
Post a Comment