Monday, 19 April 2010

KARNIVAL SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI TAMAN PERSIARAN, JALAN SUNGAI BELAIT

Ahad, 7 Mac. - Ke arah memeriahkan lagi sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini, satu acara karnival telah diadakan hari ini bertempat di kawasan Taman Persiaran Jalan Sungai, di sini. Hadir melancarkan karnival tersebut, Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia Awang Haji Jamain bin Momin.
Berbagai kegiatan disusun di karnival sehari itu antaranya di sebelah pagi diadakan persembahan pentas bercorak kebudayaan seperti gulingtangan, puisi, syair, tarian tradisi masyarakat berbilang kaum dari masyarakat Melayu, Tionghoa dan Iban, persembahan lagu-lagu patriotik yang melibatkan penyertaan para belia dan pelajar-pelajar sekolah serta pertandingan masakan terbuka kepada pengunjung. Antara kegiatan yang mendapat tarikan dan sambutan pengunjung terutama murid-murid sekolah ialah peraduan mewarna bagi murid-murid sekolah rendah kerajaan dan pendidikan swasta.Peraduan dibahagikan kepada tiga kategori: Katogeri 'A' bagi mereka yang berumur 5 hingga 7 tahun, 'B' yang berumur 8 hingga 9 tahun dan 'C' berumur 10 hingga 12 tahun.Kira-kira 240 murid sekolah rendah dari 18 buah sekolah rendah di daerah ini menyertai peraduan yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum itu.
Di samping itu ia juga bertujuan menanamkan semangat patriotisme dan cinta kepada tanah air terutama di kalangan belia. Penglibatan mereka di karnival tersebut membuktikan mereka mempunyai kesedaran serta kebolehan untuk bergiat aktif dalam berbagai bidang.

No comments:

Post a Comment