Monday, 19 April 2010

FESTIVAL AMAL DAERAH BELAIT

Sabtu, 10 April. - Jabatan Daerah Belait buat julung kalinya tahun ini menganjurkan Festival Amal Daerah Belait bagi mengutip Tabung Amal Daerah Belait bertempat di Taman Persiaran Kuala Belait. Majlis Pembukaan Rasmi Pameran dan Jualan Produk-produk yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Muhammad Lufti bin Abdullah. Sebanyak 21 petak gerai disediakan bagi penyertaan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPM/K) dan syarikat-syarikat swasta di daerah ini yang menjual berbagai hasil produk mereka seperti kraf tangan, makanan, produk kesihatan, perhiasan wanita dan kanak-kanak serta jualan pakaian terpakai. Di samping pameran dan jualan diselajurkan juga dengan pertandingan mari memasak anjuran PERTIWI bagi membarigakan suasana di sekitar taman tersebut dan beberapa acara lain yang diadakan secara berasingan tempat di sekitar Pekan Belait antaranya malam kebudayaan, larian jogaton, perlawanan kereta kawalan jarak jauh, pesta karnival air (lumba perahu dan bot laju) dan peraduan mewarna serta melukis bagi kanak-kanak sekolah.
Pameran dan jualan amal antara lain bertujuan bagi membantu mengutip derma bagi Tabung Amal Daerah Belait dengan hasrat dapat membantu masyarakat dan orang-orang daif khususnya membaik pulih atau membina rumah baru untuk mereka. Di samping itu ianya juga bagi mempromosi produk-produk kraf tangan dan makanan yang diusahakan oleh ahli-ahli MPM/K serta pengusaha-pengusaha berskala kecil di daerah ini selain mempromosikan Daerah Belait supaya dikunjungi oleh penduduk dari luar daerah negara ini dan warga negara asing yang berada di negara ini serta pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.

Pameran Oleh Bahagian Perhubungan Awam Dan Penyelidikan


No comments:

Post a Comment

 

PRO_JDB Blogger Template by PRO at JDB.Perhubungan.awam@live.com