Pada bulan 23hb Februari yang lalu pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Belait telah menyertai acara perbarisan lalu sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-26 Tahun. Beberapa sesi latihan perbarisan dari perserta Jabatan Daerah Belait telah diadakan sebelumnya di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan dan juga di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, BSB. Penyertaan dari Jabatan Daerah Belait ini adalah merupakan salah satu daripada aktibiti tahunan. Terima Kasih diucapkan kepada pasukan dari Jabatan Daerah Belait dan juga kepada Jabatan-Jabatan kerajaan di Daerah Belait yang mengikuti perbarisan ini di atas dedikasi, komitmen dan juga semangat patriotik biskita dalam menjalankan latihan-latihan dan juga memberi sepenuh kerjasama dalam sama-sama menjayakan acara perbarisan tersebut.
Read more!